Ibu Amalan


-->

Merawat Ilmu Anda

Sebagai manusia biasa kita mungkin tidak terlepas malakukan kesilapan. Jika selama ini anda melanggar pantang atau sudah lama tidak mangamalkan ilmu kebatinan tersebut akibat sibuk dengan urusan seharian. Perlu anda ketahui bahawa sesuatu amalan akan berkurang tenaga atau manfaatnya dan seterusnya hilang dari dalam diri anda, jika ilmu sejati tersebut tidak anda amalkan selama 6 bulan. Anda ingin meminta ijazah kembali kepada guru anda, malu kerana terlanggar pantang atau alasaan yang lainya.

Daripada anda berganti – ganti amalan yang seterusnya akan mengubah keharmonian energy anda. Lebih baik anda mengamalkan keilmuan yang telah anda miliki tersebut. Sayangnya adakala guru asal anda telah meninggal dunia. Maka untuk mengamalkan kembali tidak ada orang yang memahami keilmuan tersebut apalagi untuk mengijazahkanya kembali.

Hasil dari pembelajaran dan pengamatan saya tentang ilmu kebatinan saya dapati sifat ilmu adalah bersumber dari zat sesuatu ilmu. Raja sesuatu ilmu terletak kepada sebuah energy yang bersumber dari dalam diri anda. Sebuah tempat yang sangat di rahsiakan oleh guru. Semua perguruan tenaga dalam atau kebatinan mempunyai dan mengetahui rahsia tersebut.

Contoh: Mungkin anda telah mendatangi sebuah perguruan kebatinan atau tenaga dalam. Anda menyatakan bahawa anda ingin mempelajari ilmu kebatinan. Guru tersebut menawarkan puluhan jenis ilmu yang boleh di pelajari. Anehnya guru tersebut menguasai semua keilmuan tersebut dan masih boleh demo atau memperagakan keilmuan tersebut. Maksudnya guru tersebut menguasai semua keilmuan dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, penyatuan sesuatu ilmu memerlukan masa 6 hingga 1 tahun, baru boleh sesuatu ilmu itu dapat di demokan. Contoh saya memiliki sebuah keilmuan yang berkaitan dengan kekebalan hiris, tetak dan tikam dan boleh di demokan dimana sahaja dan bila bila sahaja yang saya mahu.

Ilmu tersebut guru saya menyebut “Ilmu Kebal Bahar”, keilmuan ini saya pelajari pada tahun 2003 di Solo Indonesia dengan sebuah perguruan yang bernama Daya Laduni. Keilmuan tersebut menggunakan sebuah ritual yang harus puasa 7 hari. Setiap hari harus membaca surah al hadid 3 kali dan hizib bahar 3kali setiap kali selepas solat. Pada hari yang ketujuh kita akan merasakan dan melihat rambut kita seperti kawat besi yang berwarna keemasan tapi ringan. Setelah itu saya test dengan memotong rambut saya. Alhamdulilah tidak putus dan saya berhasil. Tapi amalan tersebut harus saya lakukan setiap hari agar hasilmnya menjadi semakin sempurna.

Dengan perjalanan kerja dan urusan perniagaan saya yang sentiasa sibuk , tidak mungkin saya dapat istikomah dengan amalan tersebut sepanjang hidup saya. Dari pada saya mengamalkan keilmuan seperti ini lebih baik saya tingkatkan hubungan saya dengan Allah. Dari pengalaman saya, semua keilmuan yang saya kuasai sebenarnya pengaruhnya adalah di sebabkan energy.Semakin kuat energy yang kita miliki semakin cepat sebuah keilmuan itu berhasil.

Berbalik dari cerita di atas, bagai manakah seorang guru yang berusia 40 tahun menguasai hampir puluhan jenis ilmu?. Jadi beliau menghabiskan masa hidupnya dengan mengamalkan 5 hingga 6 jenis ilmu 1 hari selama 40 tahun. Bagi manusia morden. Mungkin mustahil untuk mengamalkan keilmuan tersebut serentak dan istikomah selama bertahun tahun.

Tahukah anda sebenarnya mereka tidak mengamalkan semua kelimuan tersebut serentak. Tapi mereka mengamalkan satu ilmu tunggal yang dapat menguasai kesemua keilmuan tersebut. Ilmu tersebut adalah sebuah ilmu untuk membangkitkan tenaga kebatinan. Apabila ilmu di amalkan setiap hari maka pengaruh energy ilmu tersebut akan mempengaruh ilmu –ilmu yang lain.

Contoh 2. Pada tahun 2006 saya di datangi oleh seorang yang tidak saya kenali dari Kelantan. Beliau merupakan seorang ahli sukan tomoi yang sering gagal dalam pertarungan di gelangang. Beliau mendatangi saya, setelah mendengar cerita tentang bagai mana saya telah berjaya meleraikan sebuah pergaduhan di terminal bas di Terengganu sedikit waktu dahulu. Demi untuk menyelamatkan seorang murid saya yang telah di pukul oleh hampir 20 orang di terminal bas satu ketika dahulu.

Beliau mendengarkan dari orang yang terlibat dalam pegaduhan tersebut, saya melepaskan sebuah tumbukan padu kepada 5 orang sekali gus. Anehnya mereka tidak dapat melihat waktu bila tumbukan tersebut di lepaskan ( tumbukan ghaib ). Berbekal dengan cerita dari responden tersebut beliau ingin mempelajari ilmu tersebut dari saya.
Terus terang disini saya menyatakan bahawa saya memperolehi ilmu tersebut dari orang melayu betawi di Jakarta daerah kerawang. Tapi saya tidak sempat mengamalkanya. Sewaktu kejadian tersebut saya hanya teringat tentang keilmuan tersebut sahaja. Alhamdulilah keilmuan tersebut berhasil.

Saya telah mengijazahkan beliau dengan keilmuan tersebut tanpa saya mengamalkan terlebih dahulu Alhamdulilah. Setelah beliau mengamalkanya beliau memperolehi berbagai kemenangan dan berhasil menguasai keilmuan tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan disini. Adalah mustahil untuk saya mengamalkan semua keilmuan yang saya pelajari sekali gus untuk menguasai kesemua ilmu tersebut.

Apa yang saya lakukan adalah mengamalkan “IBU AMALAN” yang membongkar rahsia kejadian dan keberhasilan sesuatu amalan. Apa pun amalan yang anda pelajari Ibu amalan ini akan membantu keberhasilan amalan yang anda amalkan. Apapun jenis amalan kebatinan yang anda amalkan kuncinya adalah energy. Apabila energy rahsia ini telah terbangkit amalan yang anda amalkan dengan mudah menyatu dalam diri anda.

Ibu Amalan ( kunci kejayaan ilmu kebatinan )

1. Ibu amalan adalah tonggak amalan yang anda amalkan.
2. Ibu amalan ini merupakan pintu masuk anda ke alam kebatinan.
3. Ibu amalan merupakan sebuah teknik pembangkitan energy yang terkuat yang pernah anda rasakan.
4. Ibu amalan merupakan amalan yang harus ada pada setiap perguruan tenaga dalaman aliran sufi.
5. Ibu amalan merupakan amalan rahsia tarikat asbabul hikmah.
6. Ibu amalan merupakan pembangkit kepada semua energy yang bersifat kerohanian.
7. Ibu amalan merupakan rahsia hubungan antara hamba dan makhluk.
8. Ibu amalan merupakan sebuah teknik sederhana pembangkitan energy di kalangan ahli sufi.
9. Ibu amalan merupakan zikir rahsia yang sangat di rahsiakan oleh para guru ahli hikmah.
10. Ibu amalan merupakan sebuah ilmu tunggal yang berfungsi untuk menyatukan ilmu anda yang telah lalu.
11. Ibu amalan merupakan rahsia terhebat yang pernah di bongkar dalam arina ilmu tenaga dalam.
12. Ibu amalan merupakan sebuah teknik dan amalan pembangkitan energy yang sangat luar biasa.

Jika anda berminat untuk merawat Ilmu anda dan mencari solusi untuk memperkuatkan energy anda Ilmu Ibu amalan merupakan sarana yang sangat lengkap untuk anda miliki.
Jaminan keberhasilan adalah 100% Ini jaminan kami.
Pemesanan akan di beri bonus berupa meditasi sufi sunan kalijaga ( amalan yang di lakukan oleh kanjang sunan sewaktu menunggu tongkat sunan bonang di tepi sungai ( kali ) )
Pemesanan akan di beri sejadah khusus tingkat guru dan minyak saranan ritual pembangkitan energy + Bimbingan khusus via hp sehingga berhasil .
Mahar rm 350.00